Thursday, November 19, 2009

Kolam Lintah Kami

Pelbagai jenis kolam lintah boleh disediakan bergantung kepada skala dan bajet penternak seperti kolam tanah yang dikorek, kolam konkrit atau polytank. 


Kolam kami diperbuat daripada konkrit di mana setiap kolam berukuran 10 kaki X 5 kaki. Bumbung daripada jaring plastik hitam di bina untuk memastikan lintah sentiasa berada dalam keadaan selesa walaupun ketika cuaca panas terik.


Tuesday, November 17, 2009

Makanan Lintah


Antara makanan lintah yang terbaik adalah darah belut. Lintah memerlukan darah sebagai makanan supaya dapat bertelur dengan produktif


Telur lintah akan menghasilkan anak-anak lintah yang boleh dijadikan benih lintah, induk lintah, bahan perubatan dan bahan makanan kesihatan

Habitat Lintah


Untuk memastikan lintah yang diternak hidup selesa dan produktif, habitat lintah buatan manusia perlulah menyamai habitat asalnya. Perkara yang amat perlu diambil kira adalah suhu dan pH air, kedalaman air dan media yang digunakan di dasar kolam.

Penternak juga perlu berjaga-jaga tentang musuh-musuh yang boleh membinasakan
anak lintah dan telur lintah seperti katak, siput dan sebagainya.


Jual Benih Lintah


Anda ingin membeli benih lintah? Kami bersedia menjual benih lintah pada harga yang berpatutan. Kolam penternakan lintah kerbau kami terletak di Hutan Melintang, Perak. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Razali B. Embon : 019-5225764 atau Mohd Jaffri B. Hassan : 019-5104448.